Thursday, April 23, 2015

DIRI AKU

Sejak kebelakangan ini, acap kali aku ditegur, dinasihatkan supaya duduk dengan lebih elok, sopan macam gadis melayu terakhir. berjalan elok sikik. berdiri betol betol. makan pakai sudu guna tangan kanan.(benda paling susah nak ubahhhhh) huwaaaa. :'( 

so apa perasaan aku bila ditegur centu? jawapan nya ialah aku sedih. sedih sebab lama daa nak ubah habit yang buruk ni. tapi susah. susah susah susah. bukan taknak. tapi terbiasa. buruk sangat kot aku jalan gitu. hahaha. orang pon tak sanggup tengok. 

hmm. mungkin orang akan kata. benda biasa. tapi kalau ko ditegur pasal benda yang sama dari sekolah menengah nuuu. haa. lama kot. ingat daa masuk U xde daa. sama jaa :'( okay nangis lagi. 

aku akui perangai aku agak kearah boyish. sebab dari kecik kawan dengan laki. dari umur 5 tahun. 6 tahun. 7 tahun. 8, 9, 10, 11, 12, sehingga hari ini. tapi aku xde laa sampai takde kawan perempuan. ade. ramai. masih waras in sya Allah. cuma.. takpe hiraukan. 

satu lagi faktor yang mungkin mempengaruhi, aku sangat rapat dengan ayah aku. sangat sangat. sangat gila gila. gila sangat sangat. hmm. jadi kerja kerja kat rumah mcm basuh kereta, buang sampah, cat rumah, betulkan paip, pasang penutup jamban dan banyak lagi kerja extreme -_-' semua ayah aku suruh aku buat. maklumlah semua adik beradik perempuan. iyye aku juga perempuan. tapi tak taulaa. haa sebab tu kot. sebab tu perangai tak sememeh. dan aku tak reti masak. yeay! sebab 3 orang yang lain tolong ummi. aku sorang tolong ayah. tak sempat masuk dapur. hoho. 

cakap pasal sememeh. aku dengan adik kakak yang lain. perangai kami sangat berbeza. mereka siap 1 jam. aku tak berapa nak jam. sebab aku kalo keluar sarung tudung sarung sweter. haa laa nak gi makan luar jaa. depa tepek tepek apa kat muka tu xtau. aku bedak pon aku tak miliki. haha. mereka suka pink. yek. xminat pink. tapi tapi tapi. aku tetap perempuan. alhamdulillah. sifat ayu comel. masih terserlah dalam diri. waa muntah hijau plis. jgn baca kalau meluat. hahaha.

ntah laa. ayah jaa terima seadanya diri ini. ada ka weh laki macam ayah akuuu. :'( pahtu kena bebel dengan ummi tu biasa laa. kenapa pakai gini gitu ini itu. tapi ummi lama lama paham. haaa nak balikk. hmm. okay ni bukan sesi luah perasaan. 

haa. satu lagi. aku tekad nak kurang gelak. nak sangat sangat. aku rasa aku boleh. tapi ramai yang lekeh. sebab aku ketawa.... -_-'  nevermind kinah boleh. jadi kawan kawan. aku akan cuba ubah semua diatas itu sikit demi sedikit. walaupun susah. dan tak tau laa berjaya atau tidak. oh sakinah takkan mengalah. hmm hashtagmoodgila hashtagkenabahan hashtaghiduptakselamanyasenang hashtagdiriaku. so inilah masalah yang dilemma diri ini. okay itu je setakat ni. terima kasih. :)